Tips & Petua

TIPS JAHITAN KEMAS


Terdapat ramai diantara kita yang boleh menjahit , tetapi tidak semua orang mempunyai teknik jahitan yang kemas . Ini kerana jahitan yang kemas akan memberikan hasil yang cantik dan menarik.


Untuk mendapatkan kekemasan jahitan banyak faktor yang perlu kita titik beratkan. Antaranya ialah :


Proses Menanda

  • Tandakan dengan terang supayaa nampak apabila dijahit
  • Tanda menggunakan kapur untuk kain kapas, dan roda surih bersama kertas karbon bagi kain lembut dan licin.
Jenis Jarum
  • Gunakan jarum yang bersesuaian
  • Jarum nombor 80/11 untuk kain nipis atau jenis kebanyakan kain baju kurung
  • Jarum 100/16 untuk kain tebal seperti langsir, jeans  dan semasa menjahit balkrum/ piat bersama getah juga sesuai menggunakan jarum ini.
Menggosok
  • Gosok pada setiap bahagian yang di jahit.
  • Pastikan gosok dengan teliti supaya dapat hasil yang cantik.
  • Jika terdapat bahagian yang ingin dicantumkan, gosok setiap bahagian dan cantumkan. Selepas itu, gosok sekali lagi.
Kesesuaian Lebar Mata Jahitan
  • Jarak yang sesuai untuk jahitan nampak kemas  2.5mm - 3mm bagi pakaian
  • Jarak 4mm sesuai untuk cadar dan langsir.
  • Jarak 2mm sesuai untuk tikam leher baju kurung , fasing akan tajam dan akan kemas di bucu
Jenis Tapak mesin
  • Tapak lurus untuk jahitan lurus 
  • Tapak zip untuk menjahit zip supaya dapat jahit rapat dengan zip.
  • Tapak zip juga digunakan untuk menjahit pita getah di pinggang
Ketegangan Benang
  • Ketegangan benang di mesin jahit dan gelendung / sekoci adalah penting
  • Ianya akan mengahsilkan mata jahitan yang cantik dan kemas
  • Bagi kain yang licin dan lembut  , ketegangan perlu seperti brand singer kurang daripada 4
  • Bagi langsir dan cotton, laraskan kepada 3.5 ke 4 atau 5





5 Tip dan Panduan Memilih Langsir


Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adlaah penting bagi memberi keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman.


Fungsi langsir tidak hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia juga menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman


 Mari Kita lihat apakah tip-tip tersebut:


1.Tentukan anggaran Bajet dan Belanja


Kain langsir datang dengan pelbagai harga, ada yang mahal dan ada yang murah. Tentukan kemampuan anda dan setakat mana yang ingin anda belanjakan. Pilih kain yang jenis biasa dan tidak ketingalan zaman agar tempoh langsir kita bole dipakai sezaman jika masih elok.


2.Buat Ukuran Dan Tentukan Bentuk Langsir
Ini adalah aspek paling penting. Untuk mengelak daripada kebingungan berlkau, seelok-eloknya lukis secara ringkas ukuran tingkap atau pintu rumah anda beserta ukurannya dalam satu buku nota kecil. Anda boleh memberi terus kepada juru jual tersebut untuk melihat ukuran yang anda inginkan jika and akurang mahir dalam hal ini.


3.Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda.
Pemilihan corak amat penting untuk menjadikan ruang kediaman anda nampak luas, terang dan sesuai dengan warna dinding anda. Cari warna yang sejuk atau cerah untuk memperlihatkan ruang kediaman anda nampak luas dan sejuk. Jika inginkan ruang anda nampak lebih gelap dan dramatik, gunakan langsir yang berwarna gelap. Elakkan guna corak langsir yang terlalu padat coraknya bagi kawasan yang kecil dan padat.


4.Pilih Touch Up
Pelbagai jenis pilihan touch up terdapat di pasaran. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Langkah yang paling penting ialah padangan touch up dengan warna langsir dan ruang anda keran segalnya memainkan peranan yang penting untuk memperlihatkan ruang anda bertambah menarik.


5.Beli Perkakas Tambahan Yang Lain
Selepas langsir siap dijahit pula ,anda perlu fikirkan bagaimana ianya hendak digantungkan sama ada ingin menggunakan cangkuk biasa, bidai dan sebagainya kerana daya kreativiti anda dapat menarik lagi tumpuan tetamu anda dengan padanan ruang kediaman dan langsir anda.






Formula Ukuran Langsir
- Lebar tingkap darab x 2
- Labuh langsir + 12


Lebar Tingkap x 2 / bidang kain = kepingan kain

  • Setelah mendapat kepinbgan kain, cantum / jahit bersambung
  • Jahit kiri dan kanan tadi,
  • Plotkan lebar tiap paten
  • Jahit dan buat paten
  • Sedia untuk di jadikan apa saja paten.
  • Hiasan seperti renda perlu di jahit terlebih dahulu sebelum membentuk paten

Pelbagai jenis pleat untuk langsir anda ( kelaslangsir.blogspot.com)










No comments:

Post a Comment