Thursday 3 October 2013

JAHITAN MANIK & LABUCI

  BENGKEL HIAS RIAS : JAHITAN MANIK & LABUCI

   KENALI PAKAR ANDA





Puan Rosidah Darus merupakan anak jati Sungai Besar, Selangor. Beliau telah dilahirkan pada 11 Oktober 1976 yang merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.  Beliau turut memiliki Diploma dalam jurusan Bahasa Melayu & Linguistik  daripada Universiti Malaya.

Minatnya dalam bidang jahitan manik dan labuci ini telah mendorong beliau untuk membuka Seyha Beads & Tailor pada tahun 2005. Perkhidmatan yang ditawarkan di kedai beliau meliputi tempahan jahitan manik, labuci dan sulaman. Selain itu beliau turut menerima tempahan lain seperti  baju kurung, kebaya, baju pengantin dan banyak lagi.

Keindahan sulaman dan kualiti jahitan yang kemas dan teliti telah berjaya menambat hati para pelanggan daripada pelbagai pelusuk negara malah hingga ke Singapura. Beliau juga pernah menjadi tetamu undangan dalam rancangan Nona, TV3 pada tahun 2008 dan rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada tahun lepas. 

Monday 28 May 2012

Expert Workshop : Bengkel Jahitan Langsir

Kejayaan Program Expert Workshop pada tahun lepas sangat memberangsangkan dan tahun ini Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Bongsu sekali lagi akan mengadakan program yang sama. Di atas permintaan ramai, tahun ini PJK Felda Gunung Bongsu akan menganjurkan bengkel Jahitan Langsir bersama pakar Pn. Norazlina Ismail.

Seperti tahun lepas, bengkel ini akan dijalankan selama setengah hari dan akan diadakan secara percuma. Penyertaan terbuka kepada peneroka dan penerokawati  komuniti Felda Gunung Bongsu. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi PJK Felda Gunung Bongsu.

Peserta yang menyertai bengkel ini secara tidak langsung akan didedahkan kepada penggunan ICT (internet), di mana setiap nota rujukan, tip & petua, maklumat terkini serta sebarang pertanyaan selepas bengkel boleh dilakukan dengan hanya melalui blog khas ini.


    Blog ini juga akan berfungsi sebagai sumber maklumat kepada peserta bengkel untuk melayari pautan-pautan lain yang berkaitan.