Maklumat Bengkel


1.Pengenalan

Expert Workshop PJK-P1 adalah siri bengkel yang menemukan pakar sesuatu bidang dengan komuniti. ia dianjurkan oleh Pusat Jalurlebar Komuniti ( PJK ) yang berada di bawah kelolaan Packet One Networks ( Malaysia ) Sdn.Bha.(P1)

Inisiatif untuk mengadakan program Expert Workshop ini tercetus dari pemerhatian dan data pengunjung yang diperolehi daripada sembilan buah PJK sejak pembukaannya pada April 2010. Majoriti Pengguna PJK terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja manakal segelintir sahaja golongan senior wanita yang mengunjungi PJK . Sementara golongan muda begitu teruja mengaplikasikan teknologi samada untuk tujuan pelajaran atau sosial , golongan senior didapati teragak-agak untuk menggunakannya. Jurang digital di antara dua golongan ini dijangka dapat dirapatkan dengan mengadakan aktiviti yang relevan dan memenuhi kehendak golongan tertentu.

Expert Workshop telah direka untuk memenuhi hasrat golongan senior untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan pakar yang dibawa khas. Selama setengah hari peserta akan dapat melihat sesi demonstrasi dan bersoaljawab dengan pakar tersebut. penerapan elemen ICT adalah menerusi penggunaan bahan-bahan rujukan yang boleh diakses melalui internet.

2. Objektif

  • Menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dalam aktiviti seharian
  • Meningkatkan kadar literasi ICT di kalngan kumpulan sasaran
  • Merapatkan dan mengekalkan hubungan antara PJK dan masyarakat setempat

Di akhir program ini, para peserta dijangka akan :


  • Menyedari bahawa internet merupakan sumber ilmu pengetahuan
  • Berupaya untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
  • Dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup

 Kumpulan Sasaran: Penerokawati dan Belia Wanita



SENARAI NAMA PESERTA EXPERT WORKSHOP

1.   Halimatun Bt. Ahmad
2.   Che Wa' Bt Yaakob
3.   Hajjah Yam Bt Shabudin 
4.   Hajjah Rabiah Bt Md Zain
5.   Salmiah Bte Hamid
6.   Romlah Bte Yahya
7.   Asma Bt Yaakob 
8.   Aishah Bte Ibrahim
9.   Rohani Bte Man
10. Siti Royah Bte Man
11. Fatimah Bt Hashim
12. Norma Bt Dahaman
13. Norhashimah Bte Arop
14. Hasliza Bt. Abu Hassan
15. Hoomah Bt Bakar
16. Halijah Bt Eusop
17. Gayah Bt Ali Musa
18. Som Bt Nayan
19. Bedah Bt md Isa
20. Halijah Bt. Hashim
21. Kamisah Bt Hj Saad
22. Raziyah Bt Che Rejab
23. Zarina Bt Othman
24. Norhayati Pah Bt Bakar
25. Che Puteh Bt Mat
26. Rohani Bt Abd Rahman
27. Che Kechek Bt Abdullah
28. Salmah Bt Haji Saad
29  Norzirawati Bt Hat
30. Hashimah Bt Khamis


No comments:

Post a Comment