KENALI PAKAR ANDA
Puan Rosidah Darus merupakan anak jati Sungai Besar, Selangor. Beliau telah dilahirkan pada 11 Oktober 1976 yang merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau turut memiliki Diploma dalam jurusan Bahasa Melayu & Linguistik daripada Universiti Malaya.
Minatnya dalam bidang jahitan manik dan labuci ini telah mendorong beliau untuk membuka Seyha Beads & Tailor pada tahun 2005. Perkhidmatan yang ditawarkan di kedai beliau meliputi tempahan jahitan manik, labuci dan sulaman. Selain itu beliau turut menerima tempahan lain seperti baju kurung, kebaya, baju pengantin dan banyak lagi.
Keindahan sulaman dan kualiti jahitan yang kemas dan teliti telah berjaya menambat hati para pelanggan daripada pelbagai pelusuk negara malah hingga ke Singapura. Beliau juga pernah menjadi tetamu undangan dalam rancangan Nona, TV3 pada tahun 2008 dan rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada tahun lepas.
No comments:
Post a Comment